DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
Sempena Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia ( World Wildlife Day 2022) yang disambut setiap tahun pada tanggal 3 Mac, Ahli Majlis MBSP iaitu Encik Tan Choo Eng bersama Encik Kanda Kumar dari Malaysian Nature Society (MNS) telah mengadakan Program Bird Watching bagi melihat secara dekat burung – burung Migrasi yang datang ke lembah berselut ‘wetlands’ di Penaga, SPU.
Program ini bertujuan mengenalpasti dan mengira spesis burung migrasi di kawasan air dan pantai sekitar tanah lembab di lembah Sungai Abdul, Sungai Lahar Endin, Sungai Tembus & Sungai Muda, Seberang Perai Utara.
Kebanyakan spesis burung yang datang ke sini adalah burung migrasi yang berasal dari Timur Laut Benua Asia termasuk Rusia, Mongolia, China, Jepun dan Korea yang akan datang ke Malaysia setiap tahun antara bulan Oktober hingga Mac. Secara lazimnya setiap musim terdapat lebih kurang 65 spesis dengan anggaran 15,000 ekor burung air dan burung pantai migrasi yang ada di sekitar kawasan persisir pantai, lembah sungai & kawasan sawah padi di Penaga.
Diharapkan kawasan tanah lembab ini boleh mendapat pengiktirafan dunia melalui “Ramsar Convention on Wetlands of International Importance, especially as Waterfowl Habitat” (RAMSAR) satu hari nanti memandangkan kawasan ini mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi dan berperanan penting dalam memberikan perkhidmatan ekosistem seperti sumber makanan, bekalan air, perlindungan daripada ribut, pengawal banjir, pengawal hakisan, penuras air dan penstabil cuaca tempatan serta memberi peluang dalam industri perikanan, pertanian, sumber tenaga, sumber hidupan liar, pengangkutan, rekreasi serta peluang-peluang eko-pelancongan.
Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai