SANTAPAN ROHANI : DARJAT WANITA DIANGKAT TINGGI DALAM ISLAM

Setelah sekian lama jahiliyyah merendah-rendahkan martabat wanita, akhirnya Islam hadir menjulang darjatnya.

Jika dahulu, lahirnya anak perempuan seolah-olah memberi luka dan malu, kini kelahirannya itu adalah anugerah yang sama disyukuri seperti lahirnya anak lelaki.

Penyebaran Islam melalui Rasulullah S.A.W membawa pengertian bahawa lelaki dan perempuan itu ada peranannya yang tersendiri. Islam tidak pernah menolak penglibatan dan pengorbanan wanita dalam pembangunan masyarakat.

Namun, ada gerakan Feminisme dan Liberalisme yang asalnya dari Barat cuba membawa naratif kesamarataan gender dan kebebasan yang dilihat lari dari konsep yang Islam bawakan.

Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan, agar hidup bebas dari kesesatan. Angkatlah martabat wanita sebagaimana yang telah dijelaskan, dan jangan sesekali merendahkannya semula dengan fahaman-fahaman songsang yang penuh kebathilan.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut