PROGRAM “JOM VAKSIN KIDS” WP LABUAN

WP LABUAN – Pada pagi ini telah berlangsung program Jom Vaksin Kids anjuran Majlis Keselamatan Negara WP Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP Labuan bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Darul Kifayah, MAIWP Labuan.

Program ini merupakan salah satu inisiatif dari MKN WP Labuan bagi menggalakkan pendaftaran vaksin dalam kalangan kanak-kanak di WP Labuan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

MKN WP Labuan telah mengedarkan cenderahari berbentuk makanan, minuman, pelitup muka, dan cecair sanitasi tangan kepada kanak-kanak yang divaksin pada hari ini. Semoga ia dapat memberikan senyuman kepada anak-anak kecil ini. Diharapkan juga lebih ramai ibu bapa dapat tampil membawa anak-anak mereka untuk divaksin. Lindung diri, lindung semua.
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut