TAHNIAH DBKL!

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2022 – Bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2022DBKL telah menerima dua Anugerah Rosa-Sinensis- Penarafan Taman Awam.

Penganugerahan penarafan 5 bintang Rosa-Sinensis adalah untuk 2 taman awam DBKL iaitu Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa. Ianya merupakan penyertaan pertama DBKL bagi tahun ini. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia kepada YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mewakili DBKL.YB Dato Seri Dr Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan juga hadir ke majlis ini.

Pada majlis ini, turut diadakan pameran landskap yang disertai oleh PBT di negeri Johor. Untuk rekod, Hari Landskap Negara merupakan acara tahunan yang disambut pada 3 Mac setiap tahun. Tujuan sambutan ini adalah untuk menggerakkan budaya landskap dalam kalangan rakyat sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Taman Indah.

Turut hadir bersama YBhg Datuk Bandar ke majlis tersebut ialah YBhg.Datuk Sulaiman bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, YBhg. Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, dan LAr. Zulkifli bin Endut, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL.

Tahniah DBKL diatas penganugerahan ini. Semoga menjadi penyuntik dan pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan !

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN  BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut