STRATEGI NORMA BAHARU – TINDAKAN DI TEMPAT KERJA : TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Norma baharu dalam pekerjaan telah muncul akibat kewujudan pandemik COVID-19. Ini bagi memastikan segala proses dan prosedur serta tindakan berkaitan tugasan melibatkan semua pihak berkepentingan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Pandemik ini benar-benar menuntut tindakan luar kebiasaan dalam urusan pentadbiran dan ia sememangnya satu cabaran besar buat majikan dan pekerja.

Di tempat kerja, majikan bertanggungjawab agar memastikan strategi norma baharu dipatuhi sepenuhnya. Antara tindakan di tempat kerja yang perlu diketahui dalam norma baharu bagi mengekang penularan COVID-19 terus berlaku adalah saringan kesihatan di pintu masuk, check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, melakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh dan menyediakan kemudahan cuci tangan atau hand sanitizer.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama di antara majikan dan pekerja dalam memastikan norma baharu ini dipatuhi dan penularan COVID-19 dapat dikurangkan di dalam komuniti.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …