SINDIKET PENIPUAN TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD EJEN PEMBELIAN DALAM TALIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi hantaran Facebook agensi tersebut menyatakan terdapat peningkatan penipuan kes tawaran kerja yang tidak wujud di Daerah Timur Laut.
Tawaran kerja ini melibatkan pekerjaan sebagai ejen pembelian dalam talian seperti Shopee, Lazada dan lain-lain. Sehubungan itu, IPD Timur Laut, PDRM menasihatkan orang ramai untuk dinasihatkan lebih berwaspada dengan taktik scammer ini. Modus operandi scammer ini adalah seperti berikut:
  • Mangsa melihat iklan tawaran kerja separuh masa bekerja sebagai ‘online purchasing agents’ bagi pihak shoppe dan dijanjikan akan menerima komisen (10%) bagi setiap pembelian yang dilakukan;
  • Mangsa diminta untuk menekan pada link yang diberikan, contoh: shoppers.live/auth;
  • Mangsa kemudian diarahkan untuk menyelesaikan tugasan dengan memilih barangan untuk dibeli dari ‘Chart’ yang terdapat dalam link tersebut;
  • Mangsa kemudian diberikan akaun bank untuk membuat bayaran tersebut kononya ‘merchant’ kepada pihak Shopee; dan
  • Mangsa akan menerima komisen pada pembelian awal untuk memberi keyakinan dan bagi pembelian seterusnya scammer akan terus menghilangkan diri selepas bayaran dibuat oleh mangsa.

Sekali lagi, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada bagi mengelakkkan menjadi mangsa penipuan.

 

Sumber:

Laman Facebook IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut