RANCANGAN PBAPP DALAM MENGEKALKAN MARGIN RIZAB BEKALAN AIR YANG SELAMAT DI PULAU PINANG SEHINGGA TAHUN 2050

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Keselamatan Air)

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dalam satu kenyataan pada hari ini, 7 Mac 2022 sedang melaksanakan projek Pelan Kontigensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030) demi memastikan keselamatan bekalan air Pulau Pinang mencukupi sehingga tahun 2030. RWCP 2030 melibatkan lima projek kejuruteraan iaitu Fasa 2 Naik Taraf Tangki Pemendapan Loji Rawatan Air (LRA), Pakej 12A Tambahan Modul Rawatan Air Baharu LRA Sungai Dua, Fasa 1 LRA Empangan Mengkuang, Fasa 1 LRA Sungai Muda dan Skim Bekalan Air Sungai Perai. Selain dari itu, PBAPP telah mengemukakan cadangan pengoperasian loji desalinasi secara berperingkat di Pulau Pinang bermula tahun 2030 sehingga 2050. Loji desalinasi yang dibina akan memproses air laut menjadi air yang selamat digunakan oleh manusia, haiwan dan juga tumbuhan.

Sumber:

Laman Facebook PBAPP Penang

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut