POSITIF ATAU NEGATIF COVID-19 : APA YANG PERLU ANDA TAHU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Jika anda disahkan positif COVID-19, jangan panik. Anda dinasihatkan kekal bertenang dan segera laporkan keputusan kes di dalam MySejahtera anda seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Bermula 1 Mac 2022, KKM telah mengeluarkan garis panduan terbaharu mengenai pengurusan kes positif dan kontak rapat bagi kes COVID-19 mengikut status vaksinasi semasa individu yang terlibat seperti infografik di bawah:

Ironinya, setelah tamat tempoh kuarantin adakah anda pasti telah pulih daripada pandemik COVID-19 atau masih ragu-ragu mengenai kesihatan sendiri? Apatah lagi jika ada dalam kalangan masyarakat yang melontarkan persoalan skeptikal terhadap kesihatan anda. Tentunya perkara ini sangat merunsingkan. Usah risau kerana mengikut kajian terbaharu, kebolehjangkitan virus ini menurun selepas hari ketiga gejala muncul dan dikatakan tidak lagi berjangkit selepas tujuh (7) hari.

 

Ingat, jangan panik. Kekal tenang.

 

Sumber infografik:

Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut