NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)
Glaukoma adalah sejenis penyakit saraf mata dan turut dikenali sebagai pencuri senyap penglihatan yang menjadi antara punca masalah kebutaan tanpa disedari. Ianya menyebabkan medan penglihatan hilang sedikit demi sedikit, sehingga semua medan penglihatan hilang dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal. Penyakit ini sering disalah anggap sebagai faktor usia tanpa menyedari akan risikonya dan menyebabkan pengesanan lewat dilakukan.
Oleh yang demikian, Minggu Glaukoma Sedunia telah disambut pada setiap minggu ke-2 bulan Mac. Pada tahun ini, Minggu Glaukoma Sedunia telah disambut pada 6 hingga 12 Mac 2022 dengan tema βDunia Itu Cerah, Selamatkan Penglihatanmuβ.
Semoga sambutan Minggu Glaukoma Sedunia ini dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan mengenai pencegahan, rawatan dan pemulihan untuk Glaukoma. Kebanyakan penghidap Glaukoma tidak menyedarinya kerana Glaukoma tidak menunjukkan simptom. Penting untuk kita mengetahui risiko dan tanda-tanda penyakit ini lebih awal dan kita mempunyai peluang besar untuk memelihara penglihatan kita untuk tahun-tahun akan datang.
Sumber:
Laman Rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia