DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Seorang lelaki telah ditahan bersama 676 bungkusan air ketum dalam bungkusan plastik sampah dalam kenderaannya yang dipercayai cuba mengelak dikesan polis terbongkar selepas suspek ditahan di Jalan Sungai Burung pada 4 Mac 2022.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di tepi jalan dan pemeriksaan dalam kenderaan dipandunya menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik sampah warna hijau dan hitam yang mengandungi air ketum.
Katanya, semua air ketum bernilai RM3,380 itu dirampas dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang utama yang menjalankan kegiatan memasak serta menjual air ketum tersebut.
Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sumber: