JOM BERSIH KL!

KUALA LUMPUR, 6 MAC 2022 – Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL telah menganjurkan Program Plogging bersama YBhg. Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Plogging merupakan trend kecergasan yang berasal dari Sweden dengan menggabungkan perkataan ‘jogging’ dan plocka upp’ yang bermaksud mengumpul sampah sarap dalam bahasa Sweden.

Program sebegini diadakan bagi meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar khususnya melestarikan aspek kebersihan di Kuala Lumpur di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Seramai 30 orang hadir ke program ini yang terdiri daripada ketua jabatan DBKL, pengurus kawasan DBKL, wakil jabatan DBKL dan Alam Flora. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Anwar Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL.

Bersama – sama kita menjaga kebersihan Kuala Lumpur!

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut