HEBAHAN DAN TIPS PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL OLEH CAWANGAN MPV, BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI IPD SPU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) telah menggerakaturkan anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD SPU untuk membuat hebahan di tempat awam yang dikunjungi komuniti seperti di Pasaraya Lotus’s Bertam, Pusat Perniagaan Bagan Ajam Butterworth dan Pasar Awam Taman Bagan Butterworth bagi meningkatkan kesedaran komuniti Seberang Perai Utara mengenai ancaman Jenayah Siber yang melibatkan penipuan di atas talian.

   

Tujuan hebahan ini dibuat adalah untuk memastikan tahap kesedaran komuniti terhadap peningkatan kes “COMMERCIAL CRIME @ JENAYAH KOMERSIL”.

Hebahan ini juga merupakan salah satu kempen pencegahan Jenayah Siber oleh pihak IPD SPU bagi mencegah kegiatan jenayah penipuan diatas talian yang semakin berleluasa di masa kini hingga menyebabkan banyak kerugian yang berlaku. Selain itu, kehadiran pasukan beruniform di tempat tumpuan orang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan tahap keyakinan yang tinggi daripada komuniti terhadap PDRM.

 

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga prihatin dan sentiasa memberikan nasihat serta peringatan dalam aspek pencegahan Jenayah Siber kepada komuniti setempat.

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan Jenayah Siber boleh salurkan kepada Balai Polis yang berdekatan .

 

Sumber:

Laman Facebook IPD Seberang Perai Utara

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut