BANJIR KELANTAN : 1,337 ORANG BERADA DI TIGA PPS

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,337 orang daripada 382 keluarga pagi Ahad berbanding 1,879 orang daripada 544 keluarga malam Sabtu.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Kesemuanya terdiri daripada 463 lelaki, 458 wanita, 198 kanak-kanak lelaki dan 211 kanak-kanak perempuan serta 7 bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya pula melaporkan, semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa.

 

 

SUMBER : INFOBENCANA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT & SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut