DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)
Memancing merupakan diantara hobi yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.Namun yang demikian tetap menjadi tanggungjawab anda sebagai pemancing untuk sentiasa menjaga keselamatan diri ketika melaksanakan hobi anda. Oleh itu, ambilah langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan anda terjamin sewaktu memancing tak kiralah sama ada anda memancing di kolam, tasik, sungai, lombong, empangan, lautan dan sebagainya.
Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut berkongsi infografik Tips Keselamatan Ketika Memancing seperti dibawah:
Pemancing dinasihatkan untuk mengambil perhatian tentang tips keselamatan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ketika di laut.