PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Akan berlangsung Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di 5 lokasi di sekitar Negeri Pulau Pinang pada 5 Mac 2022 dan 6 Mac 2022. PJKM menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.


PJKM adalah kolaborasi di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta rakan strategik sektor peruncitan dan merupakan salah satu inisiatif melalui Aspirasi Keluarga Malaysia bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Orang ramai yang berkunjung ke PJKM dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

     

Sumber infografik:

Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

 

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut