JPJ PULAU PINANG: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOCACY FOR ROAD USERS (SAFER)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Tingkah Laku Sosio-Budaya)

Pada 3 Mac 2022, Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) bersama anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB), JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya terhadap pemandu kenderaan persendirian berkenaan kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi ibu bapa yang membawa kanak-kanak di dalam kereta, kesedaran pemakaian tali pinggang keledar pemandu dan penumpang, kepentingan pemakaian topi keledar terhadap kanak-kanak juga kesedaran pematuhan undang-undang terhadap penunggang motosikal dan advokasi keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya yang lain. Program ini dilaksanakan di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Nasihat keselamatan di jalan raya dan pematuhan undang-undang terutama pematuhan lampu isyarat merah, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, memiliki lesen memandu yang sah semasa memandu serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang berkuatkuasa juga diberi penekanan utama semasa advokasi terhadap penunggang motosikal. Bagi ibubapa yang membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal, pemakaian topi keladar dan jumlah pembonceng dibawa juga diberi penekanan utama pada advokasi ini. Kepentingan pemakaian tali pinggang keledar dan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang berfungsi menghalang pengguna dan kanak-kanak daripada terhentak pada papan permukaan atau cermin hadapan kereta atau tercampak keluar daripada kenderaan, lazimnya boleh menyebab kematian dan terlanggar beg udara yang sedang terbuka dengan pantas, daya yang boleh mencederakan atau membunuh, sekiranya sesebuah kenderaan berhenti secara mengejut atau terlibat kemalangan.
Menjadi harapan agar menerusi advokasi yang telah dilaksanakan ini serta panduan keselamatan yang diberikan dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya khususnya di Negeri Pulau Pinang serta dapat mendidik pemandu dan pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang semasa memandu.
Sumber:
Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut