INSIDEN PENCEROBOHAN GAJAH DI KUATERS KESIHATAN KEMAR, HULU PERAK

HULU PERAK- Insiden sekitar pencerobohan gajah yang berkeliaran di kawasan Kuaters Kesihatan Kemar pada 3 Mac 2022 telah berlaku antara jam 2.30 pagi hingga 3.30 pagi. Insiden berkenaan telah melibatkan beberapa kawasan dari Kg. Akei, kuarters kesihatan dan kawasan pentadbiran Kemar namun tiada sebarang insiden serangan manusia dilaporkan.

Putus bekalan elektrik di bangunan rumah penginapan anggota pemakanan, rumah anggota paramedik lelaki, sebahagian bangunan klinik (ruang menunggu pesakit) & hub rumah pam air merupakan antara kerosakan yang berlaku akibat kabel elektrik ditarik oleh haiwan berkenaan serta kedengaran berlaku sedikit letupan kecil. Walau bagaimanapun, tiada kebakaran berlaku dalam insiden tersebut.

Selain itu, kerosakan kecil di bahagian bumbung rumah penginapan anggota pemakanan serta kemusnahan tanaman pokok betik yang terletak di belakang kuarters kesihatan & pohon kelapa di kawasan pondok polis. Laporan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad telah dibuat pada jam 10.00 pagi.

Sumber: PKD Hulu Perak

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut