DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya apabila berlaku gempa bumi seperti yang disarankan oleh MET Malaysia:
Jika anda berada di dalam bangunan :
- Terus kekal berada di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja yang kukuh atau tempatkan diri di ambang pintu atau satu sudut.
- Jauhkan diri dari tingkap, rak buku, kabinet, cermin, pasu bunga yang bergantungan dan objek berat yang boleh menggelongsor atau terjatuh.
- Lindungi kepala dan muka dari serpihan runtuhan dan kaca
- Jangan menggunakan lilin, mancis atau sebarang bahan punca api yang lain kerana berkemungkinan kebocoran gas akan berlaku. Padamkan semua sumber api.
- Jangan keluar secara tergesa-gesa.
- Jangan gunakan lif kerana kemungkinan bekalan elektrik akan terputus.
- Terus kekal berada di dalam bangunan di tingkat yang sama.
Jika anda berada di luar bangunan :
- Bergerak ke kawasan terbuka. Jauhi diri dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
- Jauhkan diri dari serpihan yang jatuh di luar pintu dan dinding sebelah luar.
- Jauhkan diri dari talian elektrik yang jatuh.
- Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.
Anda juga boleh merujuk inforgrafik yang disediakan pihak MET Malaysia bagi gambaran yang lebih jelas termasuklah jika anda berada di dalam kenderaan.
Sumber infografik:
Facebook Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Sumber info: