AADK MENINJAU KAWASAN PENAGIHAN DADAH SEKITAR MUKIM 12 BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Barat Daya, 1 Mac 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin telah turun padang meninjau kawasan penagihan dadah sekitar Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang pada hari ini.

Dalam sesi tinjauan tersebut, beliau juga meluang masa meninjau tiga lokasi berbeza yang merupakan kawasan tumpuan AADK dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah, sekali gus menjadikan kawasan hijau iaitu kawasan bebas dadah.
Sehubungan itu, Dato’ Dr. Muhamad Sade menyarankan pihak AADK Negeri Pulau Pinang proaktif membantu kawasan-kawasan yang dikesan sebagai tempat utama penagihan dadah dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.
Turut hadir pada sesi turun padang berkenaan ialah Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Elmariah Chung dan Ketua Pegawai AADK Daerah Barat Daya, Tuan Ibrahim Muhammad Said.
Usaha menangani masalah dadah ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti agensi berkaitan dengan keluarga, belia, agama dan perpaduan. Kerjasama bersepadu dengan semua pihak ini dapat memberi kesan menyeluruh, sekali gus menyelesaikan permasalahan dadah di negara ini.
Sumber berita:

 

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …