AADK MENINJAU KAWASAN PENAGIHAN DADAH SEKITAR MUKIM 12 BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Barat Daya, 1 Mac 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin telah turun padang meninjau kawasan penagihan dadah sekitar Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang pada hari ini.

Dalam sesi tinjauan tersebut, beliau juga meluang masa meninjau tiga lokasi berbeza yang merupakan kawasan tumpuan AADK dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah, sekali gus menjadikan kawasan hijau iaitu kawasan bebas dadah.
Sehubungan itu, Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade menyarankan pihak AADK Negeri Pulau Pinang proaktif membantu kawasan-kawasan yang dikesan sebagai tempat utama penagihan dadah dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.
Turut hadir pada sesi turun padang berkenaan ialah Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Elmariah Chung dan Ketua Pegawai AADK Daerah Barat Daya, Tuan Ibrahim Muhammad Said.
Usaha menangani masalah dadah ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti agensi berkaitan dengan keluarga, belia, agama dan perpaduan. Kerjasama bersepadu dengan semua pihak ini dapat memberi kesan menyeluruh, sekali gus menyelesaikan permasalahan dadah di negara ini.
Sumber berita:

 

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut