DBKL PERTINGKATKAN PEMANTAUAN DAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI KOMPLEKS PASAR BORONG KUALA LUMPUR DAN SEKITAR PUSAT BANDAR UTARA

DBKL terus memperketatkan pemantauan dan tindakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan sekitar Pusat Bandar Utara terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan dengan mengawal pergerakan masuk dan keluar di pintu utama.

Pemantauan dan pemerhatian oleh DBKL mendapati masih terdapat segelintir warga asing berjaya memasuki kawasan PBKL dengan menyelinap masuk melalui kenderaan peniaga tempatan yang berurusan di dalam kawasan PBKL.

DBKL akan mempertingkatkan lagi tindakan pemantauan di laluan pintu masuk dan keluar termasuk lorong – lorong tikus yang dikenalpasti menjadi laluan kepada warga asing.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan 24 jam ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Warga kota diminta bekerjasama menyalurkan maklumat kepada DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan: https://adukl.dbkl.gov.my.  

Sumber : FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut