TEKONG SELUDUP MINYAK DIESEL MENGGUNAKAN BOT NELAYAN BERJAYA DIPATAHKAN

Taktik tekong dan nelayan tujuh buah bot nelayan kelas A yang menyembunyikan sebanyak 24,800 liter minyak diesel di tempat penyimpanan ikan untuk dijual kepada nelayan asing di tengah-tengah laut gagal apabila kegiatan mereka dapat dipatahkan di jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada 22 Februari 2022. Nilai keseluruhan barang kawalan minyak diesel yang disita itu diangarkan sebanyak RM45,871.00 manakala nilai anggaran tujuh buah bot yang disita pula sebanyak RM1.25 juta.

Serbuan terhadap kesemua bot itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menerusi Op Bersepadu bersama PPM semasa memeriksa bot di kawasan sekitar kira-kira jam 7.30 malam.

Sumber: fb KPDNHEP Kelantan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …