TINJAUAN MKN SABAH KE PROGRAM PICKIDS NEGERI SABAH
Kota Kinabalu Sabah 22 Februari 2022: Keselamatan dan kesihatan adalah komponen yang saling berkait, MKN Sabah telah turun padang dan membuat tinjauan ke program PICKids di Dewan Serbaguna Luyang.
Sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa yang membawa anak mereka untuk menerima vaksin dan juga mengambil suntikan booster.
Petugas barisan hadapan pula terdiri dari golongan professional serta ramah dalam membantu menghilangkan rasa gemuruh kanak kanak yang disuntik.
Usaha ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan daripada semua pihak. Justeru, kerjasama daripada semua adalah mustahak dalam melandaikan keluk jangkitan COVID19 di Negeri Sabah khususnya.
MKN Sabah juga berkesempatan mengagihkan Happiness Kits kepada anak anak sebagai ganjaran kepada keberanian mereka.
#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya