KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 12 BGD KE ATAS KETUA POLIS KL

KUALA LUMPUR –  Panglima Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd), Brig Jen Sani S Omar melakukan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 17 Feb 2022 yang lalu. 

Dalam pertemuan ini, Panglima 12 Bgd memaklumkan mengenai aspek keselamatan dan kelestarian Kawasan Tanggungjawab (KTJ) 12 Bgd selain turut membincangkan kerjasama operasi untuk memperkasakan pengawalan pandemik COVID-19 dalam KTJ.

Kunjungan Hormat ini merupakan manifestasi sinergi agensi kerajaan dalam penguatkuasaan dan keselamatan di bawah satu ketumbukan untuk memperkasa kawalan kawasan ‘Hot Spot’ dan mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Acara diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan dan bertukar cenderahati di antara kedua-dua pihak.

Aktiviti ini seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

– Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …