HAPUSKAN STEREOTAIP: TEMA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

“Hapuskan Stereotaip” diangkat sebagai tema bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Exco Pembangunan Sosial dan hal Ehwal Bukan Islam, YB Chong Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata stereotaip gender dilihat menjadi salah satu punca kurangnya penglibatan golongan wanita dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi dan politik.

YB Chong Eng berkata, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas mendapati bahawa kadar penyertaan buruh wanita di negara ini masih rendah berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Malaysia mencatatkan 55.3 peratus kadar penyertaan tenaga buruh wanita pada tahun 2020 berbanding Singapura (69.7 peratus) dan Thailand (66.8 peratus). Jurang gender terbesar dapat dilihat dalam domain penglibatan wanita dalam politik yang mana mencatatkan skor terendah iaitu 0.10 yang menunjukkan golongan ini masih jauh ketinggalan berbanding lelaki.

Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat di negara ini khususunya di Pulau Pinang agar menyokong usaha menghapuskan stereotaip gender dengan menyertai kempen yang dijalankan. Pada 8 Mac 2022, bersama-samalah kita memakai baju berwarna ungu dan menghias pejabatĀ  dengan warna ungu sebagai tanda solidariti terhadap usaha peningkatkan peranan wanita ini melalui kempen ini.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

PEMBELI DESAK PEMAJU SIAPKAN RUMAH PROJEK SAKIT

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng di …
Maklumat Lanjut

80 RUMAH DI DUA KAMPUNG TERJEJAS RIBUT

Dianggarkan sebanyak 80 rumah di Kampung Baru Ayer Hitam dan Felda Lui Barat mengalami kerosakan akibat dilanda ribut sekitar jam …
Maklumat Lanjut

SUSPEK MILIKI 23 REKOD JENAYAH CUBA LARI DARI POLIS, REMPUH DUA KENDERAAN

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod …
Maklumat Lanjut