KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2022 – Bertempat di Pekan Brickfields, Kuala Lumpur telah dianjurkan Program Gaya Hidup Sihat (Brisk Walking) peringkat Balai Polis Brickfields. Hadir menjalankan program ialah SM Syed Nazeri bin Syed Zain, Sm Kepolisan Am Balai Brickfields bersama Sjn Anuar bin Ismail dan 8 orang anggota Balai Polis Brickfields.
Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis (Omnipresence) di kawasan tumpuan ramai di sekitar Pekan Brickfields serta bertemu dengan masyarakat khususnya para peniaga dan pelanggan sekitar kawasan Little India melalui pendekatan ‘Brisk Walking’ di lokasi tersebut.
Di samping itu, program ini sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan serta manfaat yang diperolehi daripada masyarakat melalui perjumpaan empat mata. Penyampaian maklumat dan respon menjadi lebih berkesan dengan pendekatan program seperti ini. Masyarakat juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Brickfields di talian 03-79824999 dan Hotline IPD Brickfields 03-22979268.
Masyarakat yang ditemui amat berpuas hati dengan tahap perkhidmatan PDRM khususnya Balai Polis Brickfields dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan komuniti dalam kawasan Brickfields. Program berakhir dengan jayanya pada jam 6.00 petang.
SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields