LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TATACARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API PERINGKAT BALAI POLIS PANTAI

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2022 – Insp Yee Chin Loong, Ketua Polis Balai Pantai bersama Sub Insp Mazdi Khairul bin Mat Derus, Timbalan Ketua Polis Balai, SM Mohd Zin bin Ahmad, Ketua Unit Operasi, SM Nur Emilla Caroline binti Abdullah, Ketua Unit Kolaborasi Sumber, SM Sachari bin Pardiman, Ketua Unit Logistik serta 25 orang Pegawai Rendah Polis telah menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api Peringkat Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Turut bersama sepanjang LDP ini adalah Ketua Balai Bomba & Penyelamat, PKPGB Wan Mohd Shahrir Azizi bin Wan Said, PBK 2 Salmi binti Abdul Mukti, Penyelia Kanan Bomba dan 6 orang Anggota Bomba & Penyelamat Jalan Pantai Baharu.

Objektif utama latihan kebakaran ini diadakan bertujuan untuk melihat tahap kecekapan dan kepekaan warga Polis Pantai apabila berlakunya situasi kecemasan seperti Gemparan Am atau kebakaran. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan ‘Multi-Skill’ kepada PKP serta semua PRP yang hadir untuk bertindak sekiranya berlaku situasi kecemasan.

 

Taklimat keselamatan serta pendedahan berkaitan tatacara pemadaman api samaada dengan menggunakan alat pemadam api, kain yang dibasahkan serta teknik-teknik lain yang bersesuaian turut disampaikan oleh pihak Bomba disamping menunjukkan cara mengendalikan alat pemadam api dengan cara yang betul mengikut konsep ‘PASS’ (Pull / Aim / Squeeze / Sweep). LDP ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari.

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut