BAHAYA MUAT TURUN APLIKASI (APK FILE) TIDAK SAH!

Apakah itu APK file?

– Android Package Kit (APK) merupakan format file untuk aplikasi-aplikasi Android.

Apa itu aplikasi tidak sah?

– Aplikasi (apps) telefon bimbit yang dimuat turun melalui sumber yang tidak dikenalpasti atau tidak sah.

Apakah kesan muat turun aplikasi tidak sah?

– Source / pemilik aplikasi tersebut tidak disahkan dan aplikasi berkemungkinan mengandungi malware / virus yang boleh menyebabkan kehilangan data / maklumat penting di telefon bimbit dicuri.

Modus operandi jenayah komersil terkini :-

  1. Mangsa melihat iklan penjualan barang melalui media sosial.
  2. Mangsa berhubung dengan penjual (suspek) melalui whatsapp (‘PM’ tepi).
  3. Suspek memberikan APK file kepada mangsa untuk dimuat turun dan ‘install’ pada telefon bimbit mangsa untuk membuat pembelian.
  4. Mangsa akan mendaftarkan akaun dengan memasukkan maklumat seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat emel.
  5. Mangsa seterusnya membuat bayaran dengan menekan butang checkout.
  6. Mangsa memasukkan butiran perbankan seperti (ID, password atau maklumat kad kredit) tanpa mangsa sedari bahawa website perbankan tersebut adalah palsu.
  7. Paparan ‘page error’ akan terpapar.
  8. Mangsa tidak menyedari bahawa suspek sebenarnya telah memindahkan wang dari akaun bank mangsa ke akaun lain dengan menggunakan maklumat yang diperoleh melalui aplikasi tidak sah tersebut.

Suspek berjaya akses SMS yang diterima oleh mangsa dan membolehkan suspek memperolah maklumat OTP/ TAC perbankan internet mangsa.

#PDRM

#BeSmartStayAlert

#CCID #JSJK

#AntiScam

#phishing #malware

 

SUMBER: FB CYBER CRIME ALERT ROYAL MALAYSIA POLICEΒ  https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut