19 FEBRUARI 2022, TELOK KEMANG : Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan Dan AADK Daerah Port Dickson berkaloborasi dengan beberapa jabatan kerajaan Dan juga NGO antaranya, pejabat daerah Dan tanah daerah Port Dickson, PDRM, ATM, Jabatan penerangan, JKPD ahli skuad telah bersama-sama turun padang bagi menyampaikan masej Antidadah kepada orang ramai yang datang berkunjung di pantai Telok Kemang.
Program yang berlangsung serentak melibatkan 14 Kawasan di seluruh negara ini, turut bersiaran langsung di Facebook Page Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia .
Pelbagai program menarik turut diadakan sebagai pengisian program ini. Selain Telok Kemang , 3 lagi vanue antaranya di Taman Tasik Seremban ,Taman Rekreasi Ulu Bendul dan Kompleks Belia & Sukan Paroi yang menjalankan aktiviti khidmat nasihat kepada pengunjung, working massage,pameran, dan pendaftaran Ahli Skuad.
Tuan Khairi Maamor Pegawai Daerah Port Dickson Dan Dr Hadijah Baba Pengarah AADK N.Sembilan turut hadir di lokasi utama, Dataran Teluk Kemang bagi menyampaikan mesej antidadah.
Sumber : FB AADK Negeri Sembilan