GEORGE TOWN , 18 Februari 2022 – Kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pulau Pinang masih terkawal pada kadar 50 peratus, walaupun berlaku peningkatan kes wabak itu di negeri itu, baru-baru ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa serta membuat persiapan bagi memastikan kemudahan mencukupi untuk menampung peningkatan kes di Pulau Pinang. Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, lebih 90 peratus kes COVID-19 di negeri ini adalah dalam kategori satu dan dua.
Ketua Menteri turut menasihati ibu bapa supaya membenarkan anak mereka diberi vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dan mereka yang layak diberi suntikan vaksin penggalak supaya berbuat demikian, bagi mendapatkan perlindungan dari ancaman COVID-19.
Sumber berita dan gambar :
#KeluargaMalaysia
#pkrc
#covid19