WP LABUAN – Beberapa baki program Sambutan Hari Wilayah 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang dijadualkan berlangsung sepanjang minggu bulan Febuari ini telah ditangguhkan serta merta susulan peningkatan semula kes COVID 19 di seluruh Negara.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail (gambar) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu diputuskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, selapas mengambil kira keselamatan orang ramai.
“Sebanyak 21 daripada 31 acara termasuk Program Kenduri Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Citra Budaya, Muzikal dan Pertandingan Tarian Zapin Kreatif adalah antara acara yang terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak” katanya.
Rithuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Labuan menjelaskan selain itu acara seperti ‘Battle of the band, pertandingan Putsal Piala Menteri Wilayah dan Karnival sukan pantai turut ditangguhkan.
Sebelum ini katanya, sebanyak 10 acara yang membabitkan acara Pencahayaan, Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, pertandingan mewarna, TikTok, pertandingan fotografi, pertandingan petanque, bacaan Yasin dan doa selamat, zumba perpaduan dan pameran Keluarga telahpun berjaya dijalankan.
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan