BENCANA BANJIR KILAT DI KOTA BHARU

Sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa dilanda banjir kilat semalam. Terdapat beberapa buah rumah telah dimasuki air disebabkan limpahan air hujan yang lebat dan berterusan. Keadaan ini telah menyebabkan sistem perparitan tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Skuad Bersih Indah, Jabatan Perkhidmatan Bandar telah membuat pemantauan dan tindakan ke atas masalah tersebut dan didapati tanah, pasir, sisa kebun dan botol-botol serta sampah sarap yang berada di dalam longkang menyebabkan sistem perparitan tersumbat. Kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih longkang-longkang yang tersumbat telah dibuat sebaik mungkin.
Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat untuk bersama dengan MPKB-BRI bagi menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah ke dalam longkang dan sungai.

Sumber : MPKBBRI & FB KELANTAN STATE

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut