SEMUA TUJUH RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI LAPANGAN TERBANG MANILA DIBENAR MASUK KE FILIPINA

Laporan Bernama pada 14 Februari 2022 (Isnin) menyatakan bahawa kesemua tujuh (7) rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino akibat kelayakan vaksin COVID-19 digital mereka tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina telah dibenarkan memasuki republik itu.

“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh (7) rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila”, ciap Kementerian Luar (Wisma Putra).

Terdahulu, laporan menyatakan 13 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang berkenaan, bagaimanapun Wisma Putra mengesahkan jumlah sebenar adalah tujuh (7) orang dan bukan seperti yang dilaporkan. Wisma Putra juga sebelum ini memaklumkan “Kerajaan Malaysia akan sentiasa melindungi hak ‘Keluarga Malaysia”, melalui ciapannya.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke republik itu dan dimaklumkan bhaawa sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh diterima. Pengembara berkenaan memaklumkan kepada media Malaysia bahawa passport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa, selain terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana tiada kemudahan hotel disediakan.

Laporan itu juga mengatakan Duta Malaysia ke Filipina telah bertemu pengembara berkenaan di lapangan terbang dan mengemukakan rayuan timbal balik vaksinasi, namun belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina.

Sumber berita dan gambar :

Bernama dan Astro Awani

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut