PULAU PINANG, 15 Februari 2022 – Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Ops Khas Cermin Gelap terhadap kenderaan persendirian secara berfokus di sekitar Daerah Seberang Perai, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang pada 13 Februari 2022 lalu. Penguatkuasaan ini memberi tumpuan kepada kenderaan persendirian yang menggunakan cermin gelap tanpa kebenaran dan memasang cermin gelap melebihi had kadar peraturan ketelusan cahaya (VLT) seperti yang dibenarkan iaitu 70% ketelusan cahaya untuk cermin hadapan dan 50% ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kiri dan kanan pemandu.

Pemandu dan pemilik kenderaan persendirian adalah dinasihatkan supaya mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap seperti yang dibenarkan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Sumber berita dan gambar :
Laman Facebook JPJ Pulau Pinang
#KeluargaMalaysia
#jpjpulaupinang