Sekarang adalah pasca COVID-19 dan kita perlu gerakkan aktiviti ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Agrobazaar dan Karnival Trak Makanan Putrajaya, di sini hari ini. Pada tahun lepas, pengoperasian Bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat antaranya kawalan keluar masuk pengunjung dan penjarakan fizikal. Mengenai kebimbangan peningkatan kes COVID-19, Shahidan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) turut memantau rapi perkembangan itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat tumpuan umum bagi mengekang penularan wabak tersebut.