OP BENTENG: 3 WANITA ANTARA 20 PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) DITAHAN

Bukit Kayu Hitam, 14 Februari 2022 –  Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi pada hari ini berkenaan tangkapan melibatkan 20 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba masuk ke Malaysia melalui sempadan negara Malaysia/Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak sah. Kejadian tersebut berlaku di Laluan Haram Felda Bukit Tangga, sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.
Pada 13 Februari 2022 jam 0345, tim rondaan yang melakukan rondaan di laluan sempadan Malaysia/Thailand telah ternampak sekumpulan orang awam dalam kedudukan meniarap dengan cubaan melintasi pagar sempadan Malaysia-Thailand. Tim ronda terus membuat serbuan di lokasi kumpulan tersebut dan menahan serta melakukan pemeriksaan kepada setiap individu. Hasil pemeriksaan mendapati 20 orang awam tersebut tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan disyaki sebagai PATI.
Susulan daripada itu, anggota rondaan telah menahan kesemua orang awam tersebut dan telah dibawa ke Pos 5 untuk siasatan awal. Hasil siasatan awal mendapati, kesemua mereka merupakan PATI Warganegara Myanmar yang berusia dalam lingkungan umur antara 15 hingga 55 tahun yang terdiri daripada 17 lelaki dan 3 perempuan.
Turut dirampas pelbagai barangan peribadi, telefon bimbit, dan matawang Myanmar, Thailand serta Malaysia dengan anggaran nilai keseluruhan RM 6,801.00.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam manakala kesemua PATI diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia, Anak Bukit, Alor Setar untuk tindakan selanjutnya. Pasukan beroperasi sentiasa bersedia mengawal sebilang masa dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara.
Sumber berita:
Laman Facebook Markas 2 Divisyen

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut