KWP TANGGUHKAN BEBERAPA PROGRAM SAMBUTAN HARI WP DI LABUAN

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)menangguhkan beberapa program sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi Labuan susulan peningkatan kes COVID-19 di pulau berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata ia juga susulan kadar kebolehjangkitan (Rt) dengan nilai 2.17 yang direkodkan kelmarin, tertinggi di negara ini seperti diumum Kementerian Kesihatan (KKM).

“Berikutan itu, pelbagai program yang sudah disusun sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan terpaksa ditangguhkan sementara. Antaranya Kenduri Wilayah Persekutuan, Pertandingan Tarian Zapin, Citra Budaya Muzikal, Pertandingan ‘Battle Of The Band’ dan Pertandingan Memancing Pesisir Pantai.

“Kita harap penduduk di Labuan lebih berhati-hati dan mengambil pendekatan lebih serius bagi memastikan COVID-19 dapat dikawal dan dicegah daripada terus merebak,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Keluarga Malaysia di Dataran Simpang Pertang, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebuh berkata, penduduk perlu memainkan peranan bagi memastikan Rt dan kes positif di Labuan dapat dikurangkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pihak kementerian sudah mengambil langkah sewajarnya dengan menangguhkan sementara program yang sebelum ini sudah disusun lebih awal dan akan dianjurkan semula apabila keadaan bertambah baik.

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUANĀ https://www.facebook.com/KemWP DAN BERITA HARIANĀ  https://www.bharian.com.my/

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut