BERTINDAK SEGERA MENGHADAPI FENOMENA CUACA LUAR BIASA

Teluk Kumbar, 11 Februari 2022- Wira-wira Baju Kuning Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah bertindak segera untuk membersihkan parit di Lintang Sungai Batu (lokasi Pasar Malam Sungai Batu) sebagai langkah persediaan menghadapi fenomena cuaca luar biasa dan mengelakkan tersumbat serta air melimpah sekiranya berlaku hujan lebat.
Antara tugas pembersihan termasuklah mencabut tumbuhan liar dan membersihkan parit.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua warga Pulau Pinang untuk bersama-sama berganding bahu dan mengambil sikap ambil peduli dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
Sebarang aduan mengenai saluran parit dan longkang tersumbat dan sebagainya, sila hubungi :
Hotline MBPP : 04-263 7000
Whatsapp Aduan MBPP : 016-200 4082
#KeluargaMalaysia
Sumber berita dan gambar:

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …