Pulau Pinang, 8 Februari 2022 – Sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan infrastruktur digital melalui Perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalin kerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Upacara menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) di antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan YBrs. Puan Nik Sharifah Binti Nik Yusoff, Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT (MAMPU).
MBPP mempunyai perancangan mengukuhkan sumber kepakaran, meningkatkan infrastruktur digital seperti pemasangan โfiberizationโ, menambah baik pusat data, sistem aplikasi dalam talian serta automasi pejabat dan rangkaian MBPP. Ini akan menambah kecekapan penyampaian perkhidmatan yang berpacukan analitik data dengan penyampaian perkhidmatan tanpa gangguan. Maka, perkhidmatan PDSA ini akan dapat memacu program-program yang telah dirancang dalam Pelan Transformasi Digital MBPP.
Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP