PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 DI PULAU PINANG BERADA DALAM KEADAAN TERKAWAL

Georgetown, 7 Februari 2022 – Kemasukan pesakit COVID-19 tahap kritikal ke hospital di Pulau Pinang terkawal walaupun negeri itu mencatatkan tiga angka kes setiap hari.

Setakat semalam, terdapat hanya tiga pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin berkata, jumlah jangkitan COVID-19 meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini, namun ia membabitkan tahap satu dan dua sahaja kerana populasi di Pulau Pinang sudah menerima vaksin.

Dalam perkembangan lain, YBrs Dr Norlela berkata, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Jawi masih beroperasi namun tidak boleh menampung jumlah pesakit yang ramai disebabkan oleh masalah bekalan kuasa elektrik. PKRC Jawi yang sepatutnya mampu menampung sehingga 1,000 orang pesakit terpaksa dikurangkan kapasiti pesakitnya.

Jika kes kembali meningkat, Negeri Pulau Pinang mempunyai dua lagi PKRC sokongan iaitu Kompleks Masyarakat Penyayang dan Pusat Latihan Zakat (PULAZA) bagi menampung jumlah pesakit.

#KeluargaMalaysia

Sumber berita:
Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut