Pulau Pinang, 7 Februari 2022 – Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICK Kids) di Pulau Pinang telah bermula hari ini membabitkan mereka yang mempunyai komorbid dan penyakit berisiko tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, lokasi pemberian vaksinasi bagi golongan itu adalah di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala di Seberang Perai membabitkan Hospital Seberang Jaya (HSJ). Tambah beliau, mengikut data Jabatan Perangkaan populasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun di Pulau Pinang adalah seramai 160,000 orang.
Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak sebagai tanggungan di MySejahtera mereka atau pun di akaun MySejahtera milik anak sendiri.
Sumber berita:
Harian Metro