JUMLAH KES KEMALANGAN MAUT KELANTAN TURUN KETIKA OP SELAMAT 17

 

KOTA BHARU, 7 Februari 2022 – Jumlah kes kemalangan maut pada musim perayaan Tahun Baharu Cina di Kelantan tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 33 peratus dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 17 dilaksanakan berbanding tempoh sama Op Selamat 16 dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh memaklumkan, jumlah kes kemalangan maut yang direkodkan pada tahun 2020 ialah 12 kes (14 kematian) dan berkurangan kepada 8 kes (10 kematian) pada tahun ini.

Penurunan keseluruhan statistik kemalangan itu disifatkan sebagai satu kejayaan yang dicapai oleh seluruh warga PDRM Kontinjen Kelantan dan terhasil daripada kerjasama antara polis serta masyarakat awam.

Sumber : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut