COVID19: GURU DAN PELAJAR CETUS KLUSTER PENDIDIKAN KE-12 DI MELAKA

AYER KEROH – Ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mencetuskan satu lagi kluster pendidikan baharu di negeri ini. Pertambahan itu, sekali gus menyaksikan Melaka kini merekodkan 12 kluster berkaitan pendidikan.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster terbaharu hari ini membabitkan sebuah institusi pendidikan di daerah Jasin. Kata kenyataan itu, seramai 28 kes membabitkan pelajar dan guru telah disahkan positif COVID-19 membabitkan Kluster KM40 Kampung Chabau, termasuk tiga daripadanya di luar Melaka.

“Punca jangkitan adalah sporadik dan menular dalam kalangan pelajar dan guru kerana kurang kepatuhan kepada SOP,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan terhadap 457 kes baharu direkodkan, hari ini, sekali gus menyaksikan kes keseluruhan meningkat kepada 83,605.

Daripada jumlah itu, seramai 204 daripadanya dikesan positif hasil saringan kontak keluarga, 183 sporadik, 39 kontak kerja, 10 kawasan berisiko, lapan kontak sosial, selain tujuh dan enam kes membabitkan sejarah keluar negara dan kontak institusi.

“Setakat ini, seramai 2,365 kes masih dirawat, termasuk dua daripadanya di unit rawatan rapi (ICU) dan satu memerlukan alat bantuan pernafasan,” tambah kenyataan itu.

 

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut