Seremban, 3 Februari 2022 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turun ziarah serta menyantuni beberapa keluarga berbangsa Cina di sekitar Sikamat pagi tadi.
Program “Ziarah Tahun Baru Cina” ini bertujuan mendekati serta menyantuni golongan Non Muslim di taman-taman perumahan sekitar kawasan Sikamat, Seremban.
Turut bersama memeriahkan program “Ziarah Tahun Baru Cina” ini ialah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sikamat, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Haluan dan Sukarelawan Rakan Ziarah.
Sumber : FB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam “Official”