OP. AMBANG TAHUN BARU CINA 2022 JSPT NEGERI SEMBILAN

   

Pada 31 Januari 2022 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan telah menjalankan Op. Ambang Tahun Baru Cina 2022 di daerah dalam Negeri Sembilan bermula dari jam lebih kurang 8.00 malam dan tamat pada jam 4.00 pagi 01 Februari 2022. Op. Ambang Tahun Baru Cina 2022 ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan masyarakat terutama pengguna jalan raya sentiasa mengutamakan tatacara pemanduan yang lebih selamat dan berhemah serta mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan ketika memandu kenderaan di jalan raya.

Op. Ambang Tahun Baru Cina 2022 melibatkan seramai (pegawai dan (45) anggota dari JSPT Kontinjen Negeri Sembilan, (9) anggota dari jabatan dalaman PDRM, (3) pegawai dan (28) anggota dari JPJ Negeri Sembilan, (7) anggota dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan serta (3) Sukarelawan Polis. Hasil daripada operasi ini, sebanyak (449) buah kenderaan dari pelbagai jenis dan (497) individu telah diperiksa. Selain itu, sebanyak (309) saman POL. 257 dan (77) Notis JPJ telah dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya melakukan pelbagai kesalahan.

Seramai (3) individu telah ditahan di lolasi yang berasingan semasa Op. Ambang Tahun Baru Cina 2022 dijalankan kerana melakukan kesalahan di bawah Sek. 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol, Sek. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan dalam operasi yang dijalankan di daerah Seremban dan (1) tangkapan dari pihak AADK yang di jalankan di daerah Jempol.

Dari jumlah individu yang ditahan, (1)(L)(I) berumur sekitar 24 tahun yang bekerja dalam sektor swasta di tahan di Jalan Lingkatan Tengah, Seremban kerana telah melakukan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 50mg dalam 100mililiter darah manakala (1)(L)(M) berumur sekitar 30 tahun yang bekerja dalam sektor swasta di tahan mempunyai rekod WANTED PERSON pada tahun 2016 selepas diperiksa melalui sistem alat peranti MCOPS yang dijalankan di Jalan Lingkaran Tengah. Kesemua individu yang di tahan di bawa ke IPD Seremban dan Balai Polis Jalan Campbell untuk tindakan lanjut.

Sek. 45A(1) APJ 1987 iaitu kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol (pindaan 2020) memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak kurang daripada Rm10,000 dan tidak lebih daripada RM 30,000 serta boleh hilang kelayakan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun jika disabitkan kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kesalahan yang sama kali kedua dan seterusnya memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 20,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang daripada 5 tahun.

Manakala bagi Sek. 15(1)(a) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada 2 tahun atau denda tidak melebihi RM 5,000 serta pengawasan polis tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 3 tahun.

       

Sumber : FB Polis Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut