MUAYTHAI MELAKA BAWA PULANG ENAM PINGAT EMAS

 

AYER KEROH 2 Feb – Atlet muaythai Melaka beraksi cemerlang apabila merangkul enam pingat emas, empat perak dan enam gangsa dalam Kejohanan Muaythai Antara Kelab-kelab Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) Kebangsaan 2022.

Kejohanan yang berlangsung 27 hingga 30 Jan di South City Plaza Seri Kembangan itu menyaksikan dua atlet cilik menjadi antara penyumbang pingat emas buat Melaka.

Mereka ialah Tuan Putra Shahwira Tuan Afendi, 9 yang beraksi dalam kategori 30 kilogram (kg) dan Wan Ayub Wan Asmadi (8 tahun-21kg).

Selain itu, emas turut disumbang oleh seorang atlet remaja berusia 16 tahun dalam kategori 54kg Ahmad Faid Ahmad Aslan, selain atlet wanita Nur Atiqah Zainuddin yang beraksi dalam kategori senior 60kg.

Dua lagi emas masing-masing disumbang atlet senior dalam kategori 54kg dan 81kg iaitu Che Wan Saiful Che Wan Mohd yang juga atlet SUKMA Melaka dan Mohd Afiq Mohd Yassin.

Menurut Presiden Presiden Persatuan Muaythai Negeri Melaka Emrito @ Haris Alias, kejayaan membawa pulang 16 pingat itu dianggap cukup membanggakan dan memberi petunjuk positif dalam mengembangkan lagi sukan itu di bumi bersejarah.

“Pada awalnya kita meletakkan sasaran lima pingat emas, tetapi alhamdulillah kita melebihi sasaran itu apabila membawa pulang enam emas, empat perak dan enam gangsa.

“Ia satu pencapaian cukup membanggakan dan pada masa sama ia juga menjadi satu medan menimba pengalaman buat 30 atlet yang dihantar pada kejohanan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ANTARA aksi atlet muaythai Melaka dalam kejohanan itu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, setakat ini seramai tiga atlet muaythai Melaka telah tersenarai dalam pemilihan Fasa 4 untuk beraksi di Sukan Sea Hanoi, Vietnam yang dijadual pada pertengahan Mei depan.

Katanya, atlet itu ialah Wan Muhammad Sabri Wan Mohd Zuki dalam kategori 63.5kg -Muaythai; Che Wan Saiful Che Wan Mohd (54kg – kickboxing) dan Nur Atiqah Zainuddin (60kg – low kick boxing).

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut