MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN KOMTA KEMAS, GEMAS, NEGERI SEMBILAN

   

NEGERI SEMBILAN: Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redzwan bersama-sama Ketua Pengarah Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Dato’ Mohamad Yasid Bidin menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Kompleks Tabika (KOMTA) KEMAS bertempat di Gemas pada 27 Jan 2022.

KOMTA KEMAS ini yang dibina secara kolaborasi melibatkan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) dan KEMAS dijangka akan mula beroperasi pada Feb 2022.

Kompleks bangunan ini mengandungi tiga bangunan utama iaitu Bangunan Tabika, Bangunan Kantin dan Bangunan Rumah Sampah di mana Bangunan Tabika menempatkan bilik mesyuarat, bilik guru, sick bay, stor, tandas serta 12 buah kelas yang mampu menampung seramai 216 murid dan 13 guru pada satu-satu masa, Bangunan Kantin dan Bangunan Rumah Sampah.

Majlis Penyerahan Bangunan KOMTA ini dimulakan dengan upacara menandatangani Dokumen Penyerahan di antara Pegawai Memerintah 91 Rej Bantuan RAJD dengan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, En Muhamad Abu Bakar disaksikan oleh Ketua Jurutera bersama-sama Ketua Pengarah KEMAS. Upacara diteruskan dengan acara bergambar sebelum sesi walking brief oleh Pegawai Projek bersama-sama tetamu yang melawat sekitar bangunan dan tapak projek.

Dalam ucapan Ketua Jurutera, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan projek ini khasnya Jabatan KEMAS, pasukan 91 Rej Bantuan RAJD serta BPKP di atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan projek ini siap walaupun negara masih berdepan dengan cabaran penularan COVID-19 serta kejadian bencana alam.

Sebagai tanda kenangan, Ketua Jurutera dan Ketua Pengarah KEMAS turut menyempurnakan upacara menandatangani Buku Lawatan ke KOMTA.

Kerjasama ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam. Turut hadir, wakil Ketua Pengarah BPKP, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS, Pengarah Bahagian Pembangunan KEMAS, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Komander Garison Gemas, Pegawai Memerintah 91 Rej Bantuan RAJD dan Pegawai Memerintah 93 UPKAT.

   

Sumber : FB Berita Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut