TINJAUAN PELAKSANAAN SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN DI LABUAN

WP LABUAN – Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien melakukan tinjauan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Tahun Baharu Cina di salah sebuah pasaraya di Labuan. Selain itu, beliau turut mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguba (KPDNHEP) Labuan berkaitan isu kenaikan harga barang di pasaran.
Menurut pihak pelanggan pula, kawalan harga barang telah dilaksanakan dengan sangat baik. Namun kata mereka lagi, terdapat sedikit kelemahan dari sudut kawalan stok dan bekalan. Pihak peniaga perlu memastikan bekalan seperti telur ayam, minyak masak, gula dan tepung adalah sentiasa mencukupi untuk kegunaan harian rakyat.
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan
Kredit: BES Labuan

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut