WP LABUAN – Sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Kerupang 3, Wong Wo Lo Fasa 2 terbakar dalam satu kejadian pada 27 Januari 2022. Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Labuan, rumah berkeluasan 40 kali 40 kaki itu hangus terbakar dalam kejadian itu. Sejurus menerima panggillan kecemasan kira-kira jam 7.07 minit malam semalam, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai16-pegawai dan anggota bersama jentera. Operasi memadam api melibatkan Balai Bomba Penyelamat Kampung Jawa Layangan dan dibantu anggota daripada Balai Bomba Penyelamat Labuan.
Operasi terkawal dan tamat pada jam 8.20 minit malam. Semasa kejadian, sebuah kereta jenis sedan Mitsubishi terbakar 100 peratus dan 4 orang mangsa melibatkan warga emas, 3 orang daripadanya lelaki dan seorang wanita berjaya diselamatkan. Punca kejadian dan anggaran kerugian dalam siasatan.
Terima kasih JBPM WP Labuan!


Kredit: JBPM Labuan, BES Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan