WASPADA DENGAN MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM TALIAN

Kes penipuan dalam talian seringkali menjadi tajuk utama media massa tempatan. Di antara kategori kes yang kerap dilaporkan iaitu melibatkan e-dagang (pembeliaan secara dalam talian), kes pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam.  Di antara faktor peningkatan  adalah disebabkan orang ramai lebih berminat melakukan pembelian secara dalam talian selain mempunyai banyak masa melayari Internet.

Mangsa yang terpedaya dengan helah ini terdiri pelbagai peringkat umur dan pekerjaan. Di antara modus operandi digunakan dalam usaha memanipulasi mangsa seperti ugutan dan tekanan. Situasi ini menyebabkan mangsa terpaksa mengikut kehendak penipu siber dengan memberi maklumat diminta.

Pelbagai inisiatif telah dijalankan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu penipuan dalam talian dengan  menyediakan platform semakan nombor telefon dan nombor akaun bank scammer melalui website http://ccid.rmp.gov.my/semakmule. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi talian maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) 013-2111222 serta melalui laman Facebook Cyber Crime Alert RMT.

Sehubungani tu, orang ramai diingatkan agar tidak mendedahkan nombor akaun dan kod pengesahan transaksi (TAC) kepada pihak ketiga kerana dikhuatiri maklumat tersebut boleh disalahgunakan selain tidak terpedaya dengan hantaran pautan daripada pihak tertentu. Bersama kita banteras kes penipuan dalam talian.

#KeluargaMalaysia

Sumber gambar:
Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hari Pekerja …
Maklumat Lanjut

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut